Hubungi Kami Utama

Sepang Gold Coast

Sepang Gold Coast yang terletak di Bagan Lalang, Sepang ini meliputi tapak seluas 4621 ekar dan akan dibangunkan sebagai pusat destinasi rekreasi bertaraf antarabangsa yang berkonsepkan Eko Pelancongan Persisiran Pantai (Coastal-Eco-Leisure). PNSB dan Sepang Bay Sdn Bhd telah berusahasama untuk memajukan projek ini. (Link to Sepang Gold Coast official website) http://www.sepanggoldcoast.com/

Morib

Tapak di pantai Morib Fasa 1 seluas 800 ekar di Mukim Morib, Daerah Kuala Langat ini akan dibangunkan sebagai pusat pelancongan yang antaranya merangkumi pembangunan perumahan komersil, hotel 3 bintang , lapangan golf dan lagun.

Projek Morib Beach Resort City adalah syarikat usahasama diantara PNSB dan Golden Hope Development Sdn. Bhd. Pembinaan Hotel Impian Morib yang bertaraf 3 bintang kini telahpun beroperasi sepenuhnya.