Hubungi Kami Utama

Projek Pertanian Rasa

Projek pertanian yang dijalankan adalah merupakan konsep pertanian bersepadu di mana ia melibatkan tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Selangor (PSKS) yang diuruskan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Projek yang merangkumi kawasan seluas 899 ekar ini terletak di sepanjang tebing Sungai Selangor iaitu pertemuan diantara Sungai Selangor dan Sungai Batang Kali berhampiran Pekan Rasa, Hulu Selangor dan berakhir di Sungai Buloh di Mukim Sungai Tinggi berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan.

Seluas 531.164 ekar daripada kawasan RASA ini telah diusahakan dengan projek seperti aktiviti pertanian dan ternakan. Pemantauan kerja-kerja teknikal dilakukan bersama oleh PNSB, Pejabat Tanah Daerah dan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Haiwan Daerah, Jabatan Perikanan Daerah dan Pejabat Pertanian Daerah.

Projek Pertanian Agrotek "Selangor Veggie Park"

Projek pertanian yang berkonsepkan agrotek di ‘Selangor Veggie Park’ melibatkan tanah PNSB seluas 544.52 ekar di Bandar Sg. Chik, Mukim Hulu Yam, Daerah Hulu Selangor. Selain daripada pertanian ianya juga melibatkan projek perikanan akuakultur seluas kira-kira 40 ekar. Pemantauan bagi kerja-kerja teknikal dilakukan sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian dan Perikanan Negeri Selangor