Hubungi Kami Utama

MAJLIS PECAH TANAH SATU BLOK PANGSAPURI KOS SEDERHANA DI ATAS LOT 69831(PT 6307), DAERAH GOMBAK

Majlis Pecah Tanah Satu Blok Pangsapuri Kos Sederhana Di Atas Lot 69831 (PT 6307), Daerah Gombak anjuran Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah berlangsung pada 21 November 2018 (Rabu) yang bertempat di bersebelahan Pangsapuri Permai, Jalan Utama Off Jalan Seri Gombak, Bandar Selayang, Selangor Darul Ehsan. Majlis telah disempurnakan oleh YAB. Tuan Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PNSB serta dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Haji Ahmad bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB.

Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri yang juga Ahli Lembaga Pengarah PNSB, Orang Besar Daerah Gombak, Exco-Exco, Adun Gombak Setia, Pegawai Daerah Gombak, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta lain-lain jemputan dan ahli-ahli majlis MPS. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran orang awam dan penduduk setempat.