Hubungi Kami Utama

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), melalui Kelab Bola Sepak PNSB (PNSB FC) dan Kelab Kebajikan PNSB telah menganjurkan ”Program Jom Sihat PNSB 2017” yang telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Oktober 2017 bertempat di Stadium Mini, Seksyen 13, Shah Alam

Program yang julung kali di diadakan ini merangkumi tiga (3) segmen aktiviti sukan:

1. PNSB ’Fun Ride’ 2017
2. Acara Zumba
3. Karnival Bola Sepak PNSB 2017

Program turut disertai oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor yang bersama-sama seramai 500 peserta telah mengambil bahagian untuk kayuhan berbasikal PNSB ’Fun Ride’ 2017 sejauh 20km. YBhg Dato’ Sri Haji Ahmad bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB merangkap Penaung Kelab Bola Sepak PNSB dalam ucapan aluannya telah berkata penganjuran program seperti Jom Sihat PNSB ini dilihat sebagai salah satu usaha PNSB untuk mewujudkan program sihat sambil bersantai antara pemimpin Kerajaan Negeri dengan orang awam. Usaha seumpama ini juga dapat merapatkan lagi silaturrahim di antara pemimpin dengan rakyat.

Manakala, seramai 416 pemain dari 64 pasukan telah mengambil bahagian di dalam karnival bola sepak jemputan ini yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kategori Bawah 12 tahun, Kategori Bawah 10 Tahun dan Kategori Bawah 8 tahun.

Karnival Bola Sepak PNSB merupakan acara tahunan syarikat yang telah diadakan selama satu dekad, malah salah satu Program Tanggungjawab Sosial (CSR) PNSB. Karnival ini adalah bertujuan bagi mencungkil bakat di antara kanak-kanak yang terlibat dalam latihan bola sepak menerusi akademi- akademi bola sepak di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur serta memantapkan lagi agenda melahirkan pemain-pemain berbakat di negeri Selangor.

Klik pautan untuk video :
Pautan 1
Pautan 1