Hubungi Kami Utama

PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 59 PERINGKAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN TAHUN 2016

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menghantar kontinjen untuk turut serta di dalam Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 59 peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2016. Sambutan yang penuh gilang-gemilang yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor telah diadakan pada malam 30 Ogos 2016 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Kontinjen PNSB yang diketuai oleh Encik Abdul Rahim Bin Husin dengan kekuatan anggota seramai 40 orang, telah mengambil bahagian di dalam perbarisan dan perarakan di samping 63 kontinjen lain yang terdiri dari pelbagai kategori antaranya, Jabatan Kerajaan, Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Pasukan Beruniform, Badan Swasta/ NGO/ GLC dan juga perarakan kenderaan. Sambutan kali ini menyaksikan kontinjen syarikat muncul sebagai pemenang saguhati bagi kategori Swasta/GLC.