Hubungi Kami Utama

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PNSB: COLOURFUL NITE 2016

Pada malam 16 September 2016, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan 2016 yang bertempat di Ballroom Clubhouse, A'Famosa Resort, Melaka. Majlis Makan Malam yang bertemakan 'Colourful Nite' ini telah dihadiri oleh barisan pengurusan syarikat dan warga kerja PNSB serta ahli-ahli keluarga. Jumlah tetamu yang hadir adalah lebih kurang 240 orang.

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Faizal Jahaya dan diikuti dengan Ucaptama oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato Haji Ahmad bin Omar. Penghargaan turut diberikan kepada warga kerja PNSB yang telah berkhidmat lama dengan syarikat. Seramai 21 kakitangan telah diberikan Anugerah Perkhidmatan Kakitangan 10, 15 dan 21 Tahun. Pelbagai acara juga telah diatur sempena Majlis Makan Malam ini, antaranya Sambutan Ulangtahun Kelahiran Wargakerja, Pertandingan Best Dress, persembahan karaoke dan juga cabutan bertuah. Majlis bersurai pada pukul 12 tengah malam.